Kotak polis

Kotak Panggilan Polis (tidak berfungsi) masih dapat dilihat di St. Martin's Le Grand, London.
Sebuah kotak polis di luar stesen kereta api bawah tanah Earl's Court di London, dibina pada 1997 dan berasaskan reka bentuk Mackenzie Trench 1929.

Sebuah kotak polis (bahasa Inggeris: police box) adalah sebuah pondok telefon atau kotak panggilan untuk kegunaan anggota polis, atau untuk orang awam menghubungi polis. Kotak polis wujud sebelum era telekomunikasi moden; hari ini, setiap pegawai polis (di negara berteknologi tinggi) lebih berkemungkinan membawa radio dua-hala dan/atau sebuah telefon bimbit.[1] Kotak polis yang tipikal mengandungi telefon yang dihubungkan terus ke balai polis tempatan dan membolehkan pegawai-pegawai yang sedang meronda saling berhubung dengan balai, melaporkan apa-apa yang pelik, mendapatkan pertolongan jika perlu atau menahan banduan sehingga sebuah kenderaan dapat mengangkut mereka ke balai atau penjara. Ini adalah ketika kebanyakan pegawai polis meronda berjalan kaki atau menaiki basikal berbanding menggunakan kereta polis. Lampu di atas kotak akan memancar untuk memaklumkan pegawai bahawa dia diminta untuk menghubungi balai polis.[1] Orang awam juga dapat mengunakan telefon (yang berada di bahagian luar) untuk menghubungi balai polis dalam kes kecemasan.[1]

Kotak polis British biasanya bewarna biru, kecuali di Scotland, yang biasanya berwarna merah.[2] Selain telefon, kotak polis juga mengandungi peralatan penting seperti buku kejadian dan alat pertolongan cemas.[3]

Hari ini imej kotak biru polis sering dikaitkan dengan rancangan cereka sains Doctor Who, yang mana mesin waktu protagonis, TARDIS, ditemui dalam bentuk sebuah kotak polis.[4]

  1. ^ a b c Stewart, Robert W. (1994). "The Police Signal Box: A 100 Year History" (PDF). University of Strathclyde. m/s. 2. Dicapai pada 2007-01-17. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ Stewart, Robert W. (1994). "The Police Signal Box: A 100 Year History" (PDF). University of Strathclyde. m/s. 13. Dicapai pada 2007-01-17. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  3. ^ Stewart, Robert W. (1994). "The Police Signal Box: A 100 Year History" (PDF). University of Strathclyde. m/s. 14. Dicapai pada 2007-01-17. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama trademarknews

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy